28 Oktober 2008

FOKUS SPM 2008 : DIMENSI NEGARA

SOALAN KARANGAN DIMENSI NEGARA - FOKUS SPM 2008

1. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi akan datang. Sempena sambutan Hari Belia, anda sebagai pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diminta untuk menyampaikan ceramah tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita. Tuliskan ceramah anda itu selengkapnya.

2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu.

3. Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi muda sejak kecil lagi. Anda bersetuju dengan pemyataan di atas. Jelaskan pendapat anda.

4. Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara, serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

5. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan.

6. Lagu Negaraku perlu dihayati oleh setiap rakyat di negara ini. Ulaskan pernyataan di atas.

7. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Hal ini penting untuk memastikan keamanan negara sentiasa dipelihara. Sebagai warganegara yang prihatin, anda bercadang menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Tulis rencana itu selengkapnya.

8. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

9. Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat kejiranan. Oleh itu, usaha-usaha mempertingkat semangat tersebut perlu dilaksanakan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha mempertingkat semangat kejiranan dalam kalangan rakyat.

10. Pada masa ini menampakkan usaha kerajaan menukar haluan kepada e-pertanian. Bincangkan rasionalnya e­pertanian diketengahkan dan nyatakan kesannya terhadap pembangunan negara.

11. Kita harus berbangga menjadi rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tulis sebuah rencana untuk menjelaskan sebab-sebab kita patut berbangga menjadi rakyat Malaysia.

12. Industri pelancongan memberikan sumbangan yang amat penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan ini.

13. Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bincangkan pernyataan di atas.

14. Kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa boleh melumpuhkan industri penerbitan dan hiburan tanah air. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kegiatan cetak rompak di negara kita dan cadangkan usaha­usaha untuk mengatasinya.

15. Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi negara kita. Tulis rencana tentang keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada masa ini.

PROJEK BM HARI INI

Seawal jam 7.20 pagi hari ini, semua guru BM tingkatan lima menuju ke makmal tempat berlangsungnya kelas BM untuk para pelajar tingkatan lima. Kami telah memfokuskan aspek karangan berpandu. Antaranya kami menekankan cara penulisan karangan berpandu, topik-topik penting, perbincangan isi-isi penting dan penggunaan kosa kata dan ungkapan menarik atau peribahasa. Topik-topik pilihan kami hari ini termasuklah :
1. Warga tua
2. Pelancongan
3. Keselamatan Pelajar
4. Kokurikulum
5. Keracunan Makanan
6. Kejiranan
7. Pengangkutan Awam
8. Semangat Patriotik
9. Pengguna Bijak
10.Kraf tangan
11. Tempat-tempat Bersejarah

SPM YANG MENJELANG

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan kepada calon-calon SPM tahun ini agar bersiap sedia , bertawakal dan sering berdoa kepada Allah . Insya-Allah segala pengorbanan selama ini akan mendatangkan hasil yang menggembirakan anda,keluarga dan sekolah. Bagi calon STF saya mengharapkan semuanya membuktikan bahawa segala usaha kita selama ini tidak sia-sia. Selamat menempuhi peperiksaan SPM.

27 Oktober 2008

KARANGAN PMR 1

(i) Negara kita banyak mempunyai tempat bersejarah.
Pada pendapat anda mengapakah tempat-tempat bersejarah ini

perlu dipulihara.

Pendahuluan
Di Malaysia, terdapat banyak tempat bersejarah – contoh A Famosa di Melaka,Makam Mahsuri di Pulau Langkawi dan sebagainya

Idea relevan :
- supaya generasi muda tidak lupa akan peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air
- menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sejarah
- memupuk semangat cinta akan tanah air
- sebagai destinasi pelancongan – memberi pulangan ekonomi kepada negara
- kajian tentang seni bina masa lampau

Penutup
Tempat-tempat bersejarah wajar dikekalkan – banyak kebaikan – di samping dapat menjana ekonomi Negara.


(ii) Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang.
Bincangkan pengaruh baik dan buruk rakan sebaya dalam kehidupan

anda.

Pendahuluan
Rakan sebaya – rakan yang hampir sama umur – sering menghabiskan masa bersama-sama – remaja perlu pandai memilih rakan agar tidak terjerumus dengan perkara negatif

Idea relevan
Pengaruh baik
- rakan yang baik dapat membimbing ke jalan yang positif
- memberi galakkan dalam pelajaran
- memberi teladan yang baik – tingkah laku baik – menghormati orang lain dan sebagainya
Pengaruh buruk
- sentiasa mempengaruhi melakukan perbuatan yang negatif
- tidak suka belajar – ponteng sekolah – pergi ke tempat-tempat yang tidak baik
- melakukan perbuatan yang tidak bermoral – merokok,menagih dadah,melakukan
vandalisme dan sebagainya

Kesimpulan
Rakan memainkan peranan penting terutama dalam kehidupan remaja – berhati-hati memilih rakan – jangan tersalah pilih – akibatnya – merosakkan masa depan



(iii) Anda telah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik kerana berjaya
mencapai kecemerlangan dalam PMR. Bincangkan langkah-langkah
yang telah anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan tersebut.

Pendahuluan
Keputusan PMR diumumkan – gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang

Idea relevan :
- menumpukan perhatian ketika guru mengajar – bertanya kepada guru jika tidak
memahami pelajaran
- mengadakan jadual belajar – membuat banyak latih tubi
- mengadakan kumpulan perbincangan
- mengikuti kelas tambahan dan kelas tuisyen
- menjaga kesihatan – makan makanan seimbang – mendapat rehat dan tidur yang cukup

Penutup
Untuk berjaya perlu ada disiplin yang tinggi


(iv) Taman rekreasi penting dalam kehidupan kita.
Pada pendapat anda mengapakah taman rekreasi penting dalam
kehidupan manusia.

Pendahuluan
Taman rekreasi – sering dikumjungi terutama pada hujung minggu – semakin bertambah – setiap taman perumahan mempunyai taman rekreasi sendiri – semakin banyak – bukan hanya didirikan oleh pihak kerajaan malahan pihak swasta turut memainkan peranan.

Idea relevan
- memelihara keindahan alam sekitar – menikmati udara yabg bersih dan segar
- menjadi tempat untuk beriadah setelah penat bekerja/belajar
- mengeratkan hubungan kekeluargaan
- menjadi tempat melapangkan fikiran daripada tekanan perasaan
- menjadi tempat permainan kanak-kanak

Penutup
- Orang ramai harus bekerjasama bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan taman
rekreasi
- dapat melahirkan rakyat yang sihat fizikal dan mental


(v) Kegiatan kokurikulum memberi banyak manfaat kepada pelajar.
Beri pendapat anda.

Pendahuluan
Kegiatan kokurikulum – kegiatan yang dilakukan di luar bilik darjah sama ada selepas waktu persekolahan atau pada hari sabtu.
Terbahagi kepada badan beruniform,kelab dan persatuan dan permainan.

Idea relevan
- dapat mengisi masa lapang pelajar dengan kegiatan yang berfaedah
- membentuk pelajar menjadi pemimpin yang baik
- mendisiplinkan diri pelajar – patuh pada peraturan dan undang-undang dalam kegiatan
yang disertai
- membentuk kerjasama antara pelajar – melalui kegiatan seperti perkhemahan
- mencungkil bakat pelajar – contoh dalam kegiatan sukan dan permainan

Penutup
Kegiatan kokurikulum penting bagi pelajar – banyak faedah – menjadi salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi

MEMBINA AYAT 1

KELEMAHAN PELAJAR

• Perbendaharaan kata lemah (tidak memahami maksud perkataan).
• Membina satu ayat tetapi seolah-olah wujud 2 atau 3 ayat. Contohnya, penggunaan `oleh
itu’ dan `oleh yang demikian’ di tengah-tengah ayat.
• Maksud perkataan dalam ayat tidak jelas.
• Menjawab hanya sebahagian sahaja (bagi soalan perkataan berpasangan).
• Membina ayat pelarian (kerana tidak faham akan maksud perkataan).
• Kesalahan tanda bacaan,contohnya tiada koma, tiada noktah dan tiada tanda petikan (ayat
cakap ajuk).
• Membina lebih daripada satu ayat.
• Perkataan digunakan sebagai peribahasa.
• Perkataan digunakan sebagai nama khas.
• Menambahkan / membuang imbuhan pada perkataan.
• Membina satu ayat sahaja dengan memasukkan kedua-dua perkataan yang diuji dalam
ayat tersebut.
• Sukar membina ayat daripada kata dasar.

TEKNIK PENGAJARAN MEMBINA AYAT

1. Menyambung ayat

- KOSONGKAN BAHAGIAN SUBJEK
- KOSONGKAN BAHAGIAN PREDIKAT

CONTOH : lawan – perlawanan

Pasukan itu bukan ____________________________________________.

___________________________ sungguh mendebarkan para penonton.

2. Susun kata dalam ayat.

Contoh :
bergembira
Apabila kita mencapai kita kejayaan bergembira.

Kegembiraan
Terhenti keluarga itu apabila sedih menerima berita kegembiraan.

3. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat – 4B

Bahagikan kumpulan
Berikan tugasan
Bentangkan hasil tugasan
Bukukan hasil tugasan

4. Membina Ayat daripada pelbagai jenis kata

Kata Namapenderitaan
Penderitaan________________________.

Kata Kerjamenderita
________________menderita_____________.

Kata Adjektifderita
_________________derita______________.


5. Latihan Pelbagai Jenis Kata
- Sentiasa mengikuti perkembangan soalan SPM sebenar.

EJAAN : SUKAN

SALAH- BETUL
snooker- snuker
bowling - boling
skuash - skuasy
ping pong - pingpong
taekwando - tekwando / tae kwan do
marathon - maraton
jogging - joging
tropi - trofi
triathlon - triatlon
dekathlon - dekatlon
pentathlon - pentatlon
jimnastik - gimnastik
kanoe - kano
gokart - go-kart
rugbi - ragbi
basebol - besbol
regatta - regata
LATIHAN KECEMERLANGAN PMR 1

Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Peminat bola sepak masih dapat mengikuti _____________ selari yang disiarkan oleh
radio walaupun berkesempatan masuk ke stadium.

A siaran
B ulasan
C kupasan
D hebahan

2 Ayah bukan saja sanggup berkorban wang ringgit ________________ sanggup bekerja
lebih masa untuk menyara kami sekeluarga.

A namun
B justeru
C malahan
D kendatipun

3 Kedudukan abang dalam pasukan bola sepak negeri semakin ______________ setelah
prestasinya mendapat pujian jurulatihnya.

A kuat
B tegap
C mantap
D matang

4 Sungguhpun baru beberapa bulan tinggal di negara ini, para pekerja Bangladesh itu
mampu _________________ bahasa Melayu dengan baik.

A menuruti
B mengikuti
C menguasai
D memaklumi

5 Keadaan di pejabat itu ________________ setelah dimasuki pencuri malam semalam.

A simpang-siur
B lintang-pukang
C tunggang-langgang
D simpang-perenang

6 Untuk mendapatkan hasil cucian yang bersih, _________________ perlu dilakukan
dengan menggunakan cecair pewangi yang bermutu.

A perahan
B celupan
C tadahan
D bilasan

7 Dengan kepetahan ______________ mengendalikan majlis, majlis persandingan
sepupu kami menjadi semakin meriah.

A juruhias
B juruacara
C juruhebah
D jururunding