28 Oktober 2008

FOKUS SPM 2008 : DIMENSI NEGARA

SOALAN KARANGAN DIMENSI NEGARA - FOKUS SPM 2008

1. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi akan datang. Sempena sambutan Hari Belia, anda sebagai pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diminta untuk menyampaikan ceramah tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita. Tuliskan ceramah anda itu selengkapnya.

2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu.

3. Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi muda sejak kecil lagi. Anda bersetuju dengan pemyataan di atas. Jelaskan pendapat anda.

4. Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara, serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

5. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan.

6. Lagu Negaraku perlu dihayati oleh setiap rakyat di negara ini. Ulaskan pernyataan di atas.

7. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Hal ini penting untuk memastikan keamanan negara sentiasa dipelihara. Sebagai warganegara yang prihatin, anda bercadang menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Tulis rencana itu selengkapnya.

8. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

9. Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat kejiranan. Oleh itu, usaha-usaha mempertingkat semangat tersebut perlu dilaksanakan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha mempertingkat semangat kejiranan dalam kalangan rakyat.

10. Pada masa ini menampakkan usaha kerajaan menukar haluan kepada e-pertanian. Bincangkan rasionalnya e­pertanian diketengahkan dan nyatakan kesannya terhadap pembangunan negara.

11. Kita harus berbangga menjadi rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tulis sebuah rencana untuk menjelaskan sebab-sebab kita patut berbangga menjadi rakyat Malaysia.

12. Industri pelancongan memberikan sumbangan yang amat penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan ini.

13. Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bincangkan pernyataan di atas.

14. Kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa boleh melumpuhkan industri penerbitan dan hiburan tanah air. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kegiatan cetak rompak di negara kita dan cadangkan usaha­usaha untuk mengatasinya.

15. Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi negara kita. Tulis rencana tentang keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada masa ini.

PROJEK BM HARI INI

Seawal jam 7.20 pagi hari ini, semua guru BM tingkatan lima menuju ke makmal tempat berlangsungnya kelas BM untuk para pelajar tingkatan lima. Kami telah memfokuskan aspek karangan berpandu. Antaranya kami menekankan cara penulisan karangan berpandu, topik-topik penting, perbincangan isi-isi penting dan penggunaan kosa kata dan ungkapan menarik atau peribahasa. Topik-topik pilihan kami hari ini termasuklah :
1. Warga tua
2. Pelancongan
3. Keselamatan Pelajar
4. Kokurikulum
5. Keracunan Makanan
6. Kejiranan
7. Pengangkutan Awam
8. Semangat Patriotik
9. Pengguna Bijak
10.Kraf tangan
11. Tempat-tempat Bersejarah

SPM YANG MENJELANG

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan kepada calon-calon SPM tahun ini agar bersiap sedia , bertawakal dan sering berdoa kepada Allah . Insya-Allah segala pengorbanan selama ini akan mendatangkan hasil yang menggembirakan anda,keluarga dan sekolah. Bagi calon STF saya mengharapkan semuanya membuktikan bahawa segala usaha kita selama ini tidak sia-sia. Selamat menempuhi peperiksaan SPM.

27 Oktober 2008

KARANGAN PMR 1

(i) Negara kita banyak mempunyai tempat bersejarah.
Pada pendapat anda mengapakah tempat-tempat bersejarah ini

perlu dipulihara.

Pendahuluan
Di Malaysia, terdapat banyak tempat bersejarah – contoh A Famosa di Melaka,Makam Mahsuri di Pulau Langkawi dan sebagainya

Idea relevan :
- supaya generasi muda tidak lupa akan peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air
- menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sejarah
- memupuk semangat cinta akan tanah air
- sebagai destinasi pelancongan – memberi pulangan ekonomi kepada negara
- kajian tentang seni bina masa lampau

Penutup
Tempat-tempat bersejarah wajar dikekalkan – banyak kebaikan – di samping dapat menjana ekonomi Negara.


(ii) Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang.
Bincangkan pengaruh baik dan buruk rakan sebaya dalam kehidupan

anda.

Pendahuluan
Rakan sebaya – rakan yang hampir sama umur – sering menghabiskan masa bersama-sama – remaja perlu pandai memilih rakan agar tidak terjerumus dengan perkara negatif

Idea relevan
Pengaruh baik
- rakan yang baik dapat membimbing ke jalan yang positif
- memberi galakkan dalam pelajaran
- memberi teladan yang baik – tingkah laku baik – menghormati orang lain dan sebagainya
Pengaruh buruk
- sentiasa mempengaruhi melakukan perbuatan yang negatif
- tidak suka belajar – ponteng sekolah – pergi ke tempat-tempat yang tidak baik
- melakukan perbuatan yang tidak bermoral – merokok,menagih dadah,melakukan
vandalisme dan sebagainya

Kesimpulan
Rakan memainkan peranan penting terutama dalam kehidupan remaja – berhati-hati memilih rakan – jangan tersalah pilih – akibatnya – merosakkan masa depan



(iii) Anda telah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik kerana berjaya
mencapai kecemerlangan dalam PMR. Bincangkan langkah-langkah
yang telah anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan tersebut.

Pendahuluan
Keputusan PMR diumumkan – gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang

Idea relevan :
- menumpukan perhatian ketika guru mengajar – bertanya kepada guru jika tidak
memahami pelajaran
- mengadakan jadual belajar – membuat banyak latih tubi
- mengadakan kumpulan perbincangan
- mengikuti kelas tambahan dan kelas tuisyen
- menjaga kesihatan – makan makanan seimbang – mendapat rehat dan tidur yang cukup

Penutup
Untuk berjaya perlu ada disiplin yang tinggi


(iv) Taman rekreasi penting dalam kehidupan kita.
Pada pendapat anda mengapakah taman rekreasi penting dalam
kehidupan manusia.

Pendahuluan
Taman rekreasi – sering dikumjungi terutama pada hujung minggu – semakin bertambah – setiap taman perumahan mempunyai taman rekreasi sendiri – semakin banyak – bukan hanya didirikan oleh pihak kerajaan malahan pihak swasta turut memainkan peranan.

Idea relevan
- memelihara keindahan alam sekitar – menikmati udara yabg bersih dan segar
- menjadi tempat untuk beriadah setelah penat bekerja/belajar
- mengeratkan hubungan kekeluargaan
- menjadi tempat melapangkan fikiran daripada tekanan perasaan
- menjadi tempat permainan kanak-kanak

Penutup
- Orang ramai harus bekerjasama bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan taman
rekreasi
- dapat melahirkan rakyat yang sihat fizikal dan mental


(v) Kegiatan kokurikulum memberi banyak manfaat kepada pelajar.
Beri pendapat anda.

Pendahuluan
Kegiatan kokurikulum – kegiatan yang dilakukan di luar bilik darjah sama ada selepas waktu persekolahan atau pada hari sabtu.
Terbahagi kepada badan beruniform,kelab dan persatuan dan permainan.

Idea relevan
- dapat mengisi masa lapang pelajar dengan kegiatan yang berfaedah
- membentuk pelajar menjadi pemimpin yang baik
- mendisiplinkan diri pelajar – patuh pada peraturan dan undang-undang dalam kegiatan
yang disertai
- membentuk kerjasama antara pelajar – melalui kegiatan seperti perkhemahan
- mencungkil bakat pelajar – contoh dalam kegiatan sukan dan permainan

Penutup
Kegiatan kokurikulum penting bagi pelajar – banyak faedah – menjadi salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi

MEMBINA AYAT 1

KELEMAHAN PELAJAR

• Perbendaharaan kata lemah (tidak memahami maksud perkataan).
• Membina satu ayat tetapi seolah-olah wujud 2 atau 3 ayat. Contohnya, penggunaan `oleh
itu’ dan `oleh yang demikian’ di tengah-tengah ayat.
• Maksud perkataan dalam ayat tidak jelas.
• Menjawab hanya sebahagian sahaja (bagi soalan perkataan berpasangan).
• Membina ayat pelarian (kerana tidak faham akan maksud perkataan).
• Kesalahan tanda bacaan,contohnya tiada koma, tiada noktah dan tiada tanda petikan (ayat
cakap ajuk).
• Membina lebih daripada satu ayat.
• Perkataan digunakan sebagai peribahasa.
• Perkataan digunakan sebagai nama khas.
• Menambahkan / membuang imbuhan pada perkataan.
• Membina satu ayat sahaja dengan memasukkan kedua-dua perkataan yang diuji dalam
ayat tersebut.
• Sukar membina ayat daripada kata dasar.

TEKNIK PENGAJARAN MEMBINA AYAT

1. Menyambung ayat

- KOSONGKAN BAHAGIAN SUBJEK
- KOSONGKAN BAHAGIAN PREDIKAT

CONTOH : lawan – perlawanan

Pasukan itu bukan ____________________________________________.

___________________________ sungguh mendebarkan para penonton.

2. Susun kata dalam ayat.

Contoh :
bergembira
Apabila kita mencapai kita kejayaan bergembira.

Kegembiraan
Terhenti keluarga itu apabila sedih menerima berita kegembiraan.

3. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat – 4B

Bahagikan kumpulan
Berikan tugasan
Bentangkan hasil tugasan
Bukukan hasil tugasan

4. Membina Ayat daripada pelbagai jenis kata

Kata Namapenderitaan
Penderitaan________________________.

Kata Kerjamenderita
________________menderita_____________.

Kata Adjektifderita
_________________derita______________.


5. Latihan Pelbagai Jenis Kata
- Sentiasa mengikuti perkembangan soalan SPM sebenar.

EJAAN : SUKAN

SALAH- BETUL
snooker- snuker
bowling - boling
skuash - skuasy
ping pong - pingpong
taekwando - tekwando / tae kwan do
marathon - maraton
jogging - joging
tropi - trofi
triathlon - triatlon
dekathlon - dekatlon
pentathlon - pentatlon
jimnastik - gimnastik
kanoe - kano
gokart - go-kart
rugbi - ragbi
basebol - besbol
regatta - regata
LATIHAN KECEMERLANGAN PMR 1

Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Peminat bola sepak masih dapat mengikuti _____________ selari yang disiarkan oleh
radio walaupun berkesempatan masuk ke stadium.

A siaran
B ulasan
C kupasan
D hebahan

2 Ayah bukan saja sanggup berkorban wang ringgit ________________ sanggup bekerja
lebih masa untuk menyara kami sekeluarga.

A namun
B justeru
C malahan
D kendatipun

3 Kedudukan abang dalam pasukan bola sepak negeri semakin ______________ setelah
prestasinya mendapat pujian jurulatihnya.

A kuat
B tegap
C mantap
D matang

4 Sungguhpun baru beberapa bulan tinggal di negara ini, para pekerja Bangladesh itu
mampu _________________ bahasa Melayu dengan baik.

A menuruti
B mengikuti
C menguasai
D memaklumi

5 Keadaan di pejabat itu ________________ setelah dimasuki pencuri malam semalam.

A simpang-siur
B lintang-pukang
C tunggang-langgang
D simpang-perenang

6 Untuk mendapatkan hasil cucian yang bersih, _________________ perlu dilakukan
dengan menggunakan cecair pewangi yang bermutu.

A perahan
B celupan
C tadahan
D bilasan

7 Dengan kepetahan ______________ mengendalikan majlis, majlis persandingan
sepupu kami menjadi semakin meriah.

A juruhias
B juruacara
C juruhebah
D jururunding

KESALAHAN PENGGANDAAN DALAM AYAT

1. Banyak restoran-restoran makanan segera terdapat di bandar-bandar besar.
2. Rahmat tidak dapat menahan seleranya apabila melihat lauk-pauk yang enak-
enak itu.
3. Pemuda itu menjerit lalu menikam-nikam harimau itu bertalu-talu.
4. Hutan merupakan tempat tinggal berbagai-bagai spesies haiwan-haiwan.
5. Pemain-pemain badminton sekolah itu handal-handal .
6. Pelbagai jenis kuih-muih dihidangkan untuk para tetamu.
7. Pada pagi hari raya kami sekeluarga akan berkumpul dan saling bermaaf-maafan.
8. Kawasan di lereng bukit itu ditanami dengan bermacam-macam bunga-bungaan.
9. Mesyuarat Ketua-Ketua Rumah akan diadakan pada petang ini.
10. Kawasan belukar itu tumbuh beberapa banyak pepohon yang menghijau.
11. Baginda menasihati semua rakyat-rakyat agar rajin bekerja tanpa jemu.
12. Muka petinju itu berdarah kerana ditumbuk bertali-tali oleh pihak lawannya.
13. Kehidupannya remuk-redam sejak kematian orang yang menjaganya selama ini.
14. Jangan menganggap orang hiruk-pikuk itu sampah masyarakat.
15. Seluas lautan-lautan yang dalam itu,dia cekal mengharungi ombak siang dan malam.
16. Desas-desus penonton telah memberikan semangat kepada atlet Malaysia meraih
pingat emas dalam temasya sukan itu.
17. Juru-jururawat itu akan menjalani latihan selama tiga bulan lagi untuk memantapkan
pengetahuan mereka tentang ilmu perubatan.
18. Kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar itu akan dibukukan oleh
pihak penganjur.
19. Dua orang sahabat itu melambai-lambai berulang-ulang kali ketika berpisah.
20. Keadaan di Dataran Merdeka amat terang-benderang kerana dihiasi pelbagai jenis
lampu.

KENAL PASTI KESALAHAN BAHASA DALAM KARANGAN



Pada 8 Mei 2004 yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Lumpur. Kami telah bertolak dari tempat tinggal kami pada pukul 9.30 pagi. Cuti bersekolah ini dikatakan istimewa kerana ia merupakan kali pertama kami menaiki keretapi untuk pergi ke sana walaupun ayah saya memiliki kereta. Perjalanan kami mengambil masa agak lama juga. Perjalanan ini agak menarik bila kami dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang jalanan. Apabila kami sampai di Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang, kami dijemput oleh pakcik yang tinggal di Kuala Lumpur. Kami tinggal di rumah pakcik dan keluarganya melayan kami dengan baik dan mesra.

Pada hari pertama, kami tidak melawati ke mana kerana kami keletihan dan terpaksa berehat. Keesokkan harinya, kami telah melawat beberapa tempat di Kuala Lumpur. Tempat pertama yang kami lawati ialah Muzium Negara. Kami menggunakan salah sebuah kereta pak cik untuk sampai ke sana. Pak cik dan mak cik kami tidak dapat ikut serta kerana terpaksa pergi bekerja dan kedua anak mereka pula sedang belajar di luar negara. Setelah sampai di sana, kami telah memasuki bangunan itu. Kami melihat banyak barang-barang lama; iaitu barang-barang zaman purba di dalamnya. Seorang wanita telah membantu kami untuk mengenali sesuatu barang dengan memberi penjelasan yang jelas dan melayan kami dengan baik. Di antara benda yang menarik perhatian saya ialah cop mohor pedagang India, keris Hang Tuah, batu bersurat terengganu dan lain-lain lagi. Ada juga dokumen-dokumen yang ditulis pada zaman purba terdapat di sana. Selepas melawat Muzium Negara, kami jamu selera di sebuah restoran yang terletak bersebelahan muzium negara.

Selepas makan tengahari, kami telah menyambung lawatan ke Zoo Negara. Kami sampai disana pada pukul 2.30 petang. Sesampai di sana, kami telah membeli tiket untuk memasuki zoo. Saya juga dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 untuk membawa masuk kamera. Binatang pertama yang saya lihat ialah orang utan. Rupanya amat mengerunkan. Saya dapat melihat pelbagai binatang dan burung yang cantik dan jarang dilihat. Antara binatang yang dapat dilihat ialah monyet, harimau, rusa, gajah dan lain-lain lagi. Sambil melihat haiwan-haiwan di situ, saya sekeluarga sempat ambil gambar sebagai kenangan. Setelah melawat kedua-dua tempat tersebut, kami merasa sangat letih. Kami mengambil keputusan untuk pulang rumah pak cik. Selepas makan malam, kami telah masuk tidur lebih awal kerana keletihan.

Pada hari berikutnya, kami pergi ke bandar untuk melawat tempat-tempat yang menarik. Selepas bersarapan di rumah pak cik, kami sekeluarga telah membuat keputusan untuk pergi ke Taman Jurassic. Keadaan dalam tempat itu gelap. Ramai pelancong-pelancong yang datang untuk melawat Taman Jurassic. Di sana, kami dapat melihat haiwan-haiwan purba yang rupanya seperti dinosor yang dibuat dari batu. Kami turut melihat model manusia pada zaman purba yang dibuat daripada batu. Kami juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama-sama dengan manusia dan haiwan pada zaman purba sebagai kenangan.

Setelah menamatkan lawatan kami ke Taman Jurassic, kami telah pergi ke satu tempat yang agak menarik yang dikenali sebagai Menara Kuala Lumpur. Kami berasa sungguh seronok apabila dapat menaiki lif untuk sampai ke puncak bangunan tersebut. Keseronokkan kami terhenti seketika apabila lif yang kami naiki itu tiba-tiba berhenti. Kami sekeluarga berasa amat takut dan menjerit-jerit meminta tolong. Ayah saya telah menghubungi pihak berkenaan untuk meminta bantuan. Selepas lima minit, ada orang yang membuka pintu dan meminta kami supaya jangan berasa kecemasan. Selepas seketika, lif itu dapat berfungsi seperti biasa dan kami telah melawat semua tingkat di dalam menara tersebut. Kami dapat bermain dan meluangkan masa kami dengan seronok. Kami sempat menjamu selera di salah sebuah restoran yang terdapat di menara tersebut. Kami balik ke rumah kira-kira pada pukul 7.00 malam. Kami juga membeli makanan dan cenderamata untuk pak cik dan mak cik kami serta untuk diri sendiri.

Walaupun berasa seronok, tetapi kami berasa sungguh sedih kerana terpaksa balik ke rumah pada keesokan harinya. Pada hari itu, selepas mengucap selamat tinggal dan terima kasih kepada pak cik dan mak cik, kami sekeluarga meninggalkan rumah pak cik dengan perasaan sedih. Selepas meninggalkan rumah, kami sekeluarga telah pergi ke sebuah kompleks membeli-belah yang popular dan besar di Kuala Lumpur, iaitu Sogo. Di sana, kami telah membeli pelbagai cenderahati dan juga pakaian sehingga menjadikan kami rabun mata untuk memilih. Kami juga makan tengah hari di sana dan makanan-makanan yang di masak di situ sedap-sedap belaka. Selepas itu, kami telah membeli makanan ringan seperti keropok dan gula-gula untuk dimakan dalam perjalanan. Kami menaiki kereta api pada pukul 3.00 petang. Selepas memasuki kereta api, kami meletakkan bagasi kami dalam keretapi dan duduk di tempat masing-masing.

Sepanjang perjalanan, saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan pak cik serta mak cik yang terlalu sayangkan kami. Walaupun sedih, tetapi saya tetap berasa gembira dan seronok apabila mengimbas kembali setiap peristiwa yang manis dan pahit. Kami sekeluarga juga berbual tentang percutian yang penuh bermakna itu. Sambil berbual, kami juga makan makanan ringan yang dibeli dari gerai berhampiran dengan stesyen kereta api tadi. Selepas itu, saya berasa mengantuk dan mula melelapkan mata saya. Tiba-tiba saya dapat merasakan bahawa kereta api sudah berhenti dan saya juga terdengar suara emak mengejutkan saya. Walaupun berasa sangat letih, saya berasa amat gembira sebab dapat menikmati pengalaman percutian yang menarik di Kuala Lumpur.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

1.Penyakit lelah orang tua itu semakin pulih dari sehari kepada
sehari.
2.Pendapat dari pemimpin itu sangat bernas.
3.Minda yang cerdas berpunca dari badan yang sihat.
4.Tinggal di asrama adalah Iebih baik dari tinggal di rumah.
5.Sifat berani dan gagah mesti ada di setiap pahlawan.
6.Sumbangan ini akan diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.
7.Pertandingan bola sepak pada tahun ini dipecahkan ke bahagian
satu dan bahagian dua.
8.Wang saku pada anak-anak yatim itu telah disampaikan oleh Datuk
Zaki.
9.Pengetua sekolah sedang bercakap terhadap masalah disiplin
pelajar masa ini.
10.Awak hendak ke Seremban atau di Kuala Lumpur?
11.Mereka terdiri dari pemenang acara olahraga pada temasya sukan
dwitahunan yang diadakan di Kuala Lumpur.
12.Puan Jamilah sangat sayangkan akan anak-anaknya.
13.Dia mempunyai sikap simpati tentang binatang yang mati
kelaparan itu.
14.Permusuhan di antara kedua-dua negara berjiran itu masih belum
selesai.
15.Pelajar yang bermasalah itu telah diserahkan ke pihak polis.
16.Jika kena kepada tempatnya,usaha seseorang itu akan berjaya
juga.
17.Gubahan bunga itu dibuat daripada emaknya.
18.Dia mengemukakan pendapatnya daripada segi undang-undang.
19.Di antara Melaka dengan Negeri Sembilan,banyak perbezaannya.
20.Kertas jawapan kami ada dengan Puan Kalthom.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA KERJA TRANSITIF

1. Ahli politik itu mengulas lagi berita tentang kemalangan di Johor Jaya itu dengan lebih lanjut.
2. Pelajar itu sedang memandang kepada rakannya yang duduk di tepi tingkap.
3. Ayah menceritakan tentang pengalamannya ketika bertugas di luar negara.
4. Kakak menjahitkan baju kurung untuk ibu.
5. Puan Noor Linda sedang mengajarkan pelajar-pelajarnya aspek tatabahasa.
6. Tukang kebun itu sedang memagari kawasan rumahnya.
7. Kita perlu menghindari dadah dalam hidup kita.
8. Pengarah syarikat itu telah memperakui sijil para pekerjanya.
9. Cik Sarah akan mempersuamikan Encik Lim pada minggu hadapan.
10. Kerajaan sedang mempergiatkan usaha melebarkan jalan-jalan raya di kawasan luar bandar.
11. Ayah akan memberi wang kepada saya setiap hari.
12. Para pembaca akhbar itu mengenengahkan pendapat mereka tentang sesuatu isu.
13. Doktor sedang menjalani pembedahan ke atas pesakit jantung itu.
14. Setiap hari pelajar itu terpaksa melalui di kawasan perkuburan itu.
15. Abang mendekati meja itu ke tepi tingkap di rumah kami.
16. Ibu membuatkan secawan kopi untuk ayah.
17. Lelaki itu mempersetujui cadangan yang dikemukakan oleh rakannya.
18. Dia menyatakan yang dia tidak dapat hadir esok.
19. Hakim menjatuhi hukuman penjara terhadap pesalah itu.

Betulkan Ejaan Kata Serapan Arab

Betulkan Ejaan Kata Serapan Arab

Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu dikatakan bermula sejak kedatangan
Islam ke alam Melayu pada kira-kira abad ketiga belas Masihi.Sebagai bahasa rasmi agama Islam,bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu,dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu,terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya.
Dalam tulisan yang ringkas ini,apa yang ditekankan ialah cara pengejaan bentuk-bentuk kata bahasa Arab yang masih disalahgunakan oleh sebilangan pengamal bahasa Melayu,terutamanya orang Melayu sendiri.Jadi,menjadi tugas saya untuk membetulkan situasi ini supaya permasalahan ini tidak berlanjutan seadanya.
Dari segi ejaan,kebanyakan pengamal bahasa Melayu masih tidak mengetahui perubahan yang berlaku .Mereka masih mengeja kata serapan bahasa Arab mengikut ‘lidah’Arabnya sedangkan kata-kata tertentu sudah mengalami perubahan mengikut ‘lidah’orang Melayu.Hal ini demikian kerana perubahan wajar dilakukan supaya tidak berlaku ketidaktekalan dari segi ejaan.
Saya perturunkan beberapa contoh yang masih mengikut ejaan lama.Misalnya,dalam ibadat(bukan ibadah) sembahyang kita seharian,masih ada orang kita yang mengeja isya untuk sembahyang isyak(yang betul).Begitu juga sembahyang zohor untuk sembahyang zuhur(yang betul).Jika kita hendak khusuk mestilah dieja sebagai khusyuk.Walaupun ada yang berpendapat ini hanya hukum bahasa Melayu tetapi bukan hukum bersolat,namun hal ini perlu dititikberatkan agar bahasa kita lebih tekal.
Dalam contoh yang lain,jika kita penat,kita perlulah beristirahat bukannya beristirehat atau lebih mudah disebut rehat sahaja.Begitu juga perkataan hajjah yang perlu dieja hajah,redha yang perlu dieja reda,kadhi yang perlu dieja kadi, terawih yang perlu dieja tarawih dan Ramadhan yang perlu dieja Ramadan .Kemudian,selepas Ramadan muncullah Aidilfitri bukan Aidil Fitri seperti yang banyak dimasukkan di dalam kad hari raya masyarakat Melayu hari ini . Adil Adha pula perlulah ditulis sebagai Aidiladha(dirapatkan).
Di samping perkataan-perkataan yang disebutkan itu,terdapat banyak lagi perkataan lain yang masih mengelirukan sesetengah pengamal bahasa Melayu yang kurang peka akan perubahan yang dibuat.Misalnya,perkataan hafal perlu ditukarkan kepada hafaz,munshi ditukarkan kepada munsyi,fardhu ditukarkan kepada fardu,muhibbah ditukarkan kepada muhibah,jamek ditukarkan kepada jamik,lafadz ditukarkan kepada lafaz,syed ditukarkan kepada sayid,saidina ditukarkan kepada sayidina dan sunnah ditukarkan kepada sunah.
Satu perkara lagi yang ingin saya kongsikan ialah unsur-unsur imbuhan bahasa Arab dalam bahasa Melayu.Hal ini jelas disentuh di dalam buku rujukan utama kita iaitu Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,halaman 290 hingga 292.Dalam halaman tersebut,terdapat akhiran –i bagi perkataan abadi.Akhiran –wi pula bagi perkataan sejarawi,duniawi dan manusiawi.Bagi akhiran –iah pula bagi perkataan alamiah,lahiriah,ilmiah dan batiniah.Semua akhiran ini menimbulkan bentuk kata adjektif,iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar.
Akhiran –in pula bagi perkataan hadirin,mukminin,muslimin,musyrikin.Bagi akhiran -at pula perkataannya seperti hadirat,munafikat,muslimat dan mukminat.Akhiran –ah bagi perkataan salihah,ustazah,sultanah dan qariah.Perkataan-perkataan ini tidak asing dalam pertuturan orang-orang Melayu bagi menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan.
Sebagai intihanya,saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua pencinta bahasa yang indah lagi kaya ini agar betulkanlah yang biasa dan biasakanlah yang betul itu.