28 Oktober 2008

FOKUS SPM 2008 : DIMENSI NEGARA

SOALAN KARANGAN DIMENSI NEGARA - FOKUS SPM 2008

1. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi akan datang. Sempena sambutan Hari Belia, anda sebagai pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diminta untuk menyampaikan ceramah tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita. Tuliskan ceramah anda itu selengkapnya.

2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu.

3. Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi muda sejak kecil lagi. Anda bersetuju dengan pemyataan di atas. Jelaskan pendapat anda.

4. Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara, serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

5. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan.

6. Lagu Negaraku perlu dihayati oleh setiap rakyat di negara ini. Ulaskan pernyataan di atas.

7. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Hal ini penting untuk memastikan keamanan negara sentiasa dipelihara. Sebagai warganegara yang prihatin, anda bercadang menulis sebuah rencana tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Tulis rencana itu selengkapnya.

8. Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

9. Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat kejiranan. Oleh itu, usaha-usaha mempertingkat semangat tersebut perlu dilaksanakan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha mempertingkat semangat kejiranan dalam kalangan rakyat.

10. Pada masa ini menampakkan usaha kerajaan menukar haluan kepada e-pertanian. Bincangkan rasionalnya e­pertanian diketengahkan dan nyatakan kesannya terhadap pembangunan negara.

11. Kita harus berbangga menjadi rakyat di sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tulis sebuah rencana untuk menjelaskan sebab-sebab kita patut berbangga menjadi rakyat Malaysia.

12. Industri pelancongan memberikan sumbangan yang amat penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan ini.

13. Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bincangkan pernyataan di atas.

14. Kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa boleh melumpuhkan industri penerbitan dan hiburan tanah air. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kegiatan cetak rompak di negara kita dan cadangkan usaha­usaha untuk mengatasinya.

15. Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi negara kita. Tulis rencana tentang keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada masa ini.

Tiada ulasan: