27 Oktober 2008

KENAL PASTI KESALAHAN BAHASA DALAM KARANGAN



Pada 8 Mei 2004 yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Lumpur. Kami telah bertolak dari tempat tinggal kami pada pukul 9.30 pagi. Cuti bersekolah ini dikatakan istimewa kerana ia merupakan kali pertama kami menaiki keretapi untuk pergi ke sana walaupun ayah saya memiliki kereta. Perjalanan kami mengambil masa agak lama juga. Perjalanan ini agak menarik bila kami dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang jalanan. Apabila kami sampai di Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang, kami dijemput oleh pakcik yang tinggal di Kuala Lumpur. Kami tinggal di rumah pakcik dan keluarganya melayan kami dengan baik dan mesra.

Pada hari pertama, kami tidak melawati ke mana kerana kami keletihan dan terpaksa berehat. Keesokkan harinya, kami telah melawat beberapa tempat di Kuala Lumpur. Tempat pertama yang kami lawati ialah Muzium Negara. Kami menggunakan salah sebuah kereta pak cik untuk sampai ke sana. Pak cik dan mak cik kami tidak dapat ikut serta kerana terpaksa pergi bekerja dan kedua anak mereka pula sedang belajar di luar negara. Setelah sampai di sana, kami telah memasuki bangunan itu. Kami melihat banyak barang-barang lama; iaitu barang-barang zaman purba di dalamnya. Seorang wanita telah membantu kami untuk mengenali sesuatu barang dengan memberi penjelasan yang jelas dan melayan kami dengan baik. Di antara benda yang menarik perhatian saya ialah cop mohor pedagang India, keris Hang Tuah, batu bersurat terengganu dan lain-lain lagi. Ada juga dokumen-dokumen yang ditulis pada zaman purba terdapat di sana. Selepas melawat Muzium Negara, kami jamu selera di sebuah restoran yang terletak bersebelahan muzium negara.

Selepas makan tengahari, kami telah menyambung lawatan ke Zoo Negara. Kami sampai disana pada pukul 2.30 petang. Sesampai di sana, kami telah membeli tiket untuk memasuki zoo. Saya juga dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 untuk membawa masuk kamera. Binatang pertama yang saya lihat ialah orang utan. Rupanya amat mengerunkan. Saya dapat melihat pelbagai binatang dan burung yang cantik dan jarang dilihat. Antara binatang yang dapat dilihat ialah monyet, harimau, rusa, gajah dan lain-lain lagi. Sambil melihat haiwan-haiwan di situ, saya sekeluarga sempat ambil gambar sebagai kenangan. Setelah melawat kedua-dua tempat tersebut, kami merasa sangat letih. Kami mengambil keputusan untuk pulang rumah pak cik. Selepas makan malam, kami telah masuk tidur lebih awal kerana keletihan.

Pada hari berikutnya, kami pergi ke bandar untuk melawat tempat-tempat yang menarik. Selepas bersarapan di rumah pak cik, kami sekeluarga telah membuat keputusan untuk pergi ke Taman Jurassic. Keadaan dalam tempat itu gelap. Ramai pelancong-pelancong yang datang untuk melawat Taman Jurassic. Di sana, kami dapat melihat haiwan-haiwan purba yang rupanya seperti dinosor yang dibuat dari batu. Kami turut melihat model manusia pada zaman purba yang dibuat daripada batu. Kami juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama-sama dengan manusia dan haiwan pada zaman purba sebagai kenangan.

Setelah menamatkan lawatan kami ke Taman Jurassic, kami telah pergi ke satu tempat yang agak menarik yang dikenali sebagai Menara Kuala Lumpur. Kami berasa sungguh seronok apabila dapat menaiki lif untuk sampai ke puncak bangunan tersebut. Keseronokkan kami terhenti seketika apabila lif yang kami naiki itu tiba-tiba berhenti. Kami sekeluarga berasa amat takut dan menjerit-jerit meminta tolong. Ayah saya telah menghubungi pihak berkenaan untuk meminta bantuan. Selepas lima minit, ada orang yang membuka pintu dan meminta kami supaya jangan berasa kecemasan. Selepas seketika, lif itu dapat berfungsi seperti biasa dan kami telah melawat semua tingkat di dalam menara tersebut. Kami dapat bermain dan meluangkan masa kami dengan seronok. Kami sempat menjamu selera di salah sebuah restoran yang terdapat di menara tersebut. Kami balik ke rumah kira-kira pada pukul 7.00 malam. Kami juga membeli makanan dan cenderamata untuk pak cik dan mak cik kami serta untuk diri sendiri.

Walaupun berasa seronok, tetapi kami berasa sungguh sedih kerana terpaksa balik ke rumah pada keesokan harinya. Pada hari itu, selepas mengucap selamat tinggal dan terima kasih kepada pak cik dan mak cik, kami sekeluarga meninggalkan rumah pak cik dengan perasaan sedih. Selepas meninggalkan rumah, kami sekeluarga telah pergi ke sebuah kompleks membeli-belah yang popular dan besar di Kuala Lumpur, iaitu Sogo. Di sana, kami telah membeli pelbagai cenderahati dan juga pakaian sehingga menjadikan kami rabun mata untuk memilih. Kami juga makan tengah hari di sana dan makanan-makanan yang di masak di situ sedap-sedap belaka. Selepas itu, kami telah membeli makanan ringan seperti keropok dan gula-gula untuk dimakan dalam perjalanan. Kami menaiki kereta api pada pukul 3.00 petang. Selepas memasuki kereta api, kami meletakkan bagasi kami dalam keretapi dan duduk di tempat masing-masing.

Sepanjang perjalanan, saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan pak cik serta mak cik yang terlalu sayangkan kami. Walaupun sedih, tetapi saya tetap berasa gembira dan seronok apabila mengimbas kembali setiap peristiwa yang manis dan pahit. Kami sekeluarga juga berbual tentang percutian yang penuh bermakna itu. Sambil berbual, kami juga makan makanan ringan yang dibeli dari gerai berhampiran dengan stesyen kereta api tadi. Selepas itu, saya berasa mengantuk dan mula melelapkan mata saya. Tiba-tiba saya dapat merasakan bahawa kereta api sudah berhenti dan saya juga terdengar suara emak mengejutkan saya. Walaupun berasa sangat letih, saya berasa amat gembira sebab dapat menikmati pengalaman percutian yang menarik di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: